3ulas bawang putih. 6 ulas bawang merah. 15 tangkai cili kering ~ rendam lembut dan kisar. 1 inci halia. Semua bahan di atas di kisar. 4 sudu besar kicap pekat. 1 sudu teh serbuk jintan manis. 1 sudu teh serbuk jintan putih. 1 sudu teh serbuk ketumbar.
Kalaudi Kedah banyak jumpa daging masak hitam berempah dan dihidangkan bersama nasi minyak yang seakan-akan nasi tomato tetapi pudar sikit warna merahnya. Selalunya dijual pada waktu pagi untuk sarapan pagi sebagai nasi bungkus. Orang Kedah memang sarapanya bukan sekadar nasi lemak dan kuih muih, tetapi nasi berlauk juga.
DagingMasak Hitam Berempah Utara ni adalah hidangan lauk yang cukup digemari dan mudah didapati di Utara sini. Kadangkala dihidangkan sebagai menu lauk kenduri, lauk nasi kandar, atau lauk sampingan nasi tomato, nasi minyak, nasi bukhary dan sebagainya. Rasanya yang manis manis pedas berempah ni memang sedap dengan lauk lain yang agak pedas.
Caramasak nasi minyak: Mula-mula panaskan periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan minyak sapi dan minyak masak. Setelah dah panas, masukkan bawang besar, 4 sekawan, serai dan daun pandan. Kacau dan tumis sehingga naik bau wangi. Kemudian masukkan beras basmathi yang dah siap ditos tadi. Kacau sekata dan masukkan air.
3 Nasi minyak sesuai dihidangkan dengan acar timun mentah bersama sedikit kubis dan lobak merah, lauk ayam masak merah atau daging masak hitam. 4- Jika anda ingin guna 3,4 jenis pewarna, renjis sedikit ke bahagian atas nasi ketika nasi minyak sudah masak dan kering.Barulah cakar dengan garpu.
4cVeIF. 7/11/2015 Alhamdulillah, malam ini adalah malam ke25 Ramadhan. Ianya salah satu dari malam ganjil di 10 akhir Ramadhan. Malam ini kalau bertepatan dengan Lailatul Qadar, buat apa pun kebaikan akan dapat pahala melebihi 1000 bulan. Allah nak bagi peluang pada umat Nabi Muhammad SAW, di mana ianya bermula seawal maghrib sehingga Subuh. Pastikan solat Maghrib, Terawih hingga Subuh adalah dikerjakan secara berjemaah. Juga ianya mestilah qiyam bersama Imam bagi mendapat pahala seolah mendirikan qiam sepenuh malam walaupun ketika kita tidur di rumah. Kasih sayang Allah pada umat Nabi Muhamad SAW di mana Lailatul Qadar hanya diberi pada umat baginda. Allah SWT tidak menyuruh kita tercari cari. Hanya disuruh cari dalam bulan Ramadhan, disebut lagi pada 10 akhir Ramadhan. Ketiga, diberi petunjuk lagi iaitu pada malam ganjil pada 10 akhir Ramadhan. Jangan terlepas dengan malam Lailatul Qadar. Namun begitu, jangan kecewa jika tak nampak tanda tanda Lailatul Qadar. Imam Nawawi nampak cahaya terang benderang masuk ke biliknya pada malam 27 Ramadhan. Usahakan untuk tidak tidur pada malam ini dan malam malam ganjil. Masuk 10 akhir Nabi Muhamad SAW tak tidur. Baginda akan menghidupkan malam dengan mengejutkan isteri isteri baginda termasuk Saiditina Siti Fatimah dan Saidina Ali dan Nabi ketatkan ikatan kain. Ianya menandakan bersungguh sungguh dan baginda juga tidak bersama isteri. Menurut A'ishah, baginda makan sedikit sahaja supaya dapat berpuasa dengan baik. Nabi juga mandi antara 2 azan iaitu selepas berbuka puasa antara Maghrib dan Isyak. Semoga kita dapat mengambil manafaat dari cara Rasulullah mempersiapkan diri memburu Lailatul Qadar. Resepi sedap ini saya belajar dari Kak Fatimah, rakan jemaah surau Ad Dhuha selepas merasai keenakannya. Faaizah telah menghulur satu bekas daging masak hitam yang disediakan untuk jemaah berbuka di surau. Bila rasa sedap, memang saya akan meminta resepi. Sejak dulu itulah perangai saya. Memang kat mana mana pun, buat muka tak malu untuk minta resepi. Hatta kat restoran pun, masih siap merisik resepi. Menurut Kak Fatimah, resepi ini dipelajari dari Bonda Chef Wan lama dahulu dan ketika Chef Wan masih muda lagi. Daging Masak Hitam ini selain sedap dimakan dengan nasi putih, juga sedap dimakan dengan nasi minyak juga pulut kuning. Sangat sedap dimakan sewaktu bersahur dengan nasi putih yang masih panas panas. Hmm memang berselera sekali. Jom layan resepi mudah dan sedap ini. Ianya juga sangat tahan lama kerana tiada penggunaan santan di dalamnya. Inilah lauk yang akan saya masak untuk juadah pagi raya kami nanti. Daging Masak Hitam Bahan bahan 1 kg daging 1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah Gula pasir/gula Melaka 1 sudu kecil air asam jawa Bawang besar mayang - hiasan Bahan Kisar 10 batang serai 10 tangkai cili kering - boleh tambah jika suka pedas Sejengkal halia - 4 ke 5 inci 3 biji bawang besar kuning 6 biji buah keras 1 labu bawang putih Cara cara Panaskan minyak dan masukkan daging dan dikacau rata. Kemudian masukkan bahan kisar dan semua bahan lain. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula serta garam. Jika suka, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan. Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Selalu masak menu yang sama je jemu juga. Jika mak-mak inginkan kelainan dalam masakan, boleh cuba resipi Daging Masak Hitam Sarawak ni. Fuhh memang sedap dimakan dengan lemang, nasi minyak mahupun nasi masaknya pun agak mudah dan menggunakan bahan-bahan yang memang sedia ada di dapur resipi yang dikongsikan oleh Puan Hajar Mohd satu lauk jer hari ni. Sedap rupanya bolehlah buat lagi lain kali buat balas balas bekas kuih ni sedap makan dengan lemang, nasi minyak. Kami tadi ni makan dengan nasi putih pun berselera. masak hitam ni saya dapat dari kenalan yang berasal dari dan cara masak ada di caption setiap DiperlukanPerapan Daging1 kg daging yang di potong. 100g gula merah Kicap Pekat secukupnyaBahan Kisar3 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih 3 batang serai cm lengkuas 15 tangkai lada keringBahan Tumis2 ulas bawang merah di hiris 2 ulas bawang putih di hiris 1 batang kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang 1 cengkih 1 buah pelaga 2 biji buah keras 100 g rempah kurma30g kerisik 150g kismis hitamCara Membuat ni saya guna daging segar tempatan bahagian batang dengan gula merah. Saya guna gula kelapa. Iaitu gula nisan jenis Campurkan kicap pekat secukupnya, bergantung kita nak warnanya segelap nak tunggu daging siap diperap. Kita sediakan bumbunya. Ini bahan-bahan yang siap bahan tumis tadi sampai bau wangi dan ni saya tak letak buah keras kerana dah habis rempah kurma. Wanginya masukkan bahan semua rempah tumisan dah masak dan pecah minyak. Kita masukkan daging yang dah siap perap 30 minit ni boleh ejas tambah nak warna. Nak gelap lagi tambahlah lagi kicap sebentar dan biarkan daging masak empuk. Jika rasa macam kering nak hangit tapi daging belum lembut maka boleh tambah air kerisik dan kismis kuah masakan tadi hampir kering. Boleh perasakan dengan resipi Daging masak hitam sarawak. Fuhhh sedapnya!Baca Lagi Di Sini Mudahnya Resepi Daging Ketumbar Dato’ Rizalman, Bawang Banyak Lagi SedapDaging goreng style Kelantan, yang tak pandai masak pun boleh buatMW Menarik resipi ni, boleh cuba buat Daging Masak Hitam Sarawak ini nanti di Hajar Mohd
Dengar nama je pun dah tau, pasti sedap dan menambat selera. Kalau anda nak sediakan hidangan special kat rumah, resepi nasi minyak Terengganu gulai daging ni paling sesuai sangat untuk dijadikan hidangan! Nasi minyak ni memang nasi berperisa yang orang suka makan lagi-lagi kalau dalam majlis keramaian. Memang berselera dimakan dengan lauk seperti ayam dan daging. Kalau sebut pula gulai daging, terus teringat dengan resepi gulai daging yang cukup popular dari pantai timur. Resepinya lain dari yang lain sebab menggunakan rempah khasnya yang memang sedap kalau dijamu dengan nasi minyak ni. Dan juadah tu akan jadi lebih lengkap lagi kalau dihidangkan dengan acar mentah. Resepi nasi minyak Terengganu gulai daging ni kalau dilihat memang banyak cara masak yang orang kongsikan. Lain-lain air tangannya yang memenuhi citarasa sendiri. Kali ni saya nak kongsikan resepi nasi minyak dan gulai daging ini yang dikongsikan oleh Muliadi Ramli. Cara masaknya mudah diikuti walaupun menggunakan bahan yang pelbagai, namun hasilnya amat sedap dan menyelerakan. Jom kita lihat cara penyediaannya. RESEPI NASI MINYAK TERENGGANU Nasi minyak ni sedap dan lagi cantik kalau dihidangkan dengan nasi dari beras basmathi. Tambahan lagi dengan warna dan texturenya yang lembut membuatkan hidangan tu lagi menambat selera. Tetapi kalau tak ada beras basmathi, boleh masak nasinya menggunakan beras biasa yang anda masak. Bahan-bahan yang diperlukan untuk nasi minyak 6 cawan beras basmathi jenama yang digunakan ialah Jasmin parboil. Beras ni direndam dulu selema ½ jam dan ditoskan. 1 biji bawang besar yang dimayang 4 sekawan 2 batang serai yang diketuk 2 helai daun pandan yang disimpul Minyak sapi Minyak masak Biji gajus atau kismis ¼ tin susu cair 3 sudu besar sos tomato Garam 1 sudu kecil pewarna kuning telur Cara masak nasi minyak ▶️ Mula-mula panaskan periuk nasi elektrik. Kemudian masukkan minyak sapi dan minyak masak. ▶️ Setelah dah panas, masukkan bawang besar, 4 sekawan, serai dan daun pandan. Kacau dan tumis sehingga naik bau wangi. ▶️ Kemudian masukkan beras basmathi yang dah siap ditos tadi. Kacau sekata dan masukkan air. ▶️ Kalau menggunakan beras basmathi jasmin parboil ni, sukatan airnya adalah sama dengan sukatan beras. Bagi anda gunakan beras lain, ikut sukatan biasa yang anda masak. ▶️ Seterusnya masukkan susu cair, sos tomato, garam dan pewarna kuning telur. Kacau sehingga sekata. ▶️ Selepas tu tanak nasi seperti biasa. Lepas nasi baru je masak dan masih belum kering sepenuhnya, boleh taburkan biji gajus atau kismis dan kacau berhati-hati nasi tu. Sebab takut nasi patah. ▶️ Tutup semula tudung periuk nasi dan biarkan lagi masak 20 minit sehingga kering sepenuhnya. Dah siap masak nasi. ▶️ Kemudian jom sediakan gulai daging. Bahan-bahan untuk gulai daging 1 kilo daging potong sederhana je, tak terlalu kecil atau besar. Dan pastikan potong melawan urat daging Bahan perapan daging 2 biji bawang besar 4 biji bawang merah 1 inci halia ½ inci lengkuas 4 sudu besar rempah gulai cap bunga ros 1 setengah sudu besar rempah masak cap bunga ros 5 sudu besar sos tomato Biji badam yang disangai dan ditumbuk halus Bawang goreng 1 cawan Bahan tumisan 1 biji bawang besar yang dimayang 2 helai daun pandan yang disimpul 4 sekawan 2 sudu besar cili boh 2 batang serai yang diketuk Minyak masak Bahan-bahan lain ½ tin susu cair Gula melaka Garam secukup rasa Cara membuat gulai daging ▶️ Mula-mula sediakan bahan perapan daging. Kisar bawang besar, bawang merah, halia dan lengkuas. ▶️ Kemudian satukan bahan kisar ni dengan rempah gulai cap bunga ros, rempah masak cap bunga ros, sos tamoto, biji badam yang dah siap ditumbuk halus dan bawang goreng. Biji badam tu dimasukkan untuk rasa lemak pada kuah. ▶️ Perap ayam dengan semua bahan-bahan ni selama setengah jam. ▶️ Selepas tu panaskan minyak di kuali, dan masukkan semua bahan tumisan. Tumis sehingga naik bau wangi dan pecah minyak. ▶️ Seterusnya masukkan daging yang diperap tadi. ▶️ Tutup kuali dengan tudung periuk dan biarkan air daging keluar, dan biarkan sebati dengan rempah perapannya tu bersama bahan tumisan. ▶️ Masukkan air 3 cawan untuk kuahnya. ▶️ Masukkan pula susu cair secukup rasa. ▶️ Terus renihkan daging dengan api yang sederhana. ▶️ Masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau sebati. ▶️ Masak sehingga daging betul-betul empuk. Boleh tengok dulu daging. Kalau masih tak empuk lagi dan air merenih semakin kering, tambahkan air panas sedikit. ▶️ Masak sehingga kuah juga jadi pekat. ▶️ Dah masak daging dan pekat kuahnya, bolehlah padamkan api. ▶️ Sedia untuk dihidangkan. Sangat menyelerakan bila tengok kuah gulai daging yang pekat ni kan. Dan bila tengok je nasi yang lembut dan cantik kejadiannya, jadi tak sabar pula nak cuba resepi nasi minyak Terengganu gulai daging yang menambat selera ni. Kalau nak masak hidangan istimewa untuk keluarga dan tetamu, bolehlah buat hidangan ni seolah-oleh macam hidangan kenduri. Orang tengok pun dah cukup teruja. Pada yang nak mencuba, ikutlah resepi ni. Pasti anda berpuas hati. Jangan lupa sediakan sekali dengan acar mentah, sambal belacan dan papadom, barulah lengkap hidangannya. Selamat mencuba!
nasi minyak daging masak hitam